Pengikut

Jumaat, 18 Mac 2011

siapa suka jadi pramugari dan pramugara

assalamualaikum...
hai kengkawan hehehehe..slamat padi,tengahari,petang,malam..
pada suatu ari...ah x yah lah...urm....wktu shirah sbok dgar lagu..
tetiba lak dlm kepala otak trp.k"urm kawan2 aku rmai minat jadi pramugari..ni nk kena tlg"
ah nak jadi kan,..mesti rajin baca ni!!so nak jadi mesti ade syarat2 nye..so syarat nye...


Malaysia Airlines mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian kakitangan kabin (pramugara & pramugari). Syarikat penerbangan negara ini menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.

Syarat Permohonan dan Kelayakan

  • Warganegara Malaysia, berumur antara 18 - 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Lulus SPM / setaraf yang diiktiraf ole Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. (Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan)
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dan berat badan yang seimbang.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik (tidak rabun warna).
  • Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tinggi ke arah kecemerlangan di dalam khidmat pelanggan.
Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke salah satu dari sesi Temuduga Terbuka Kakitangan Kabin Malaysian Airlines seperti berikut:
  • Kawasan : Kuala Lumpur
  • Tempat  : Malaysian Airlines Academy, No. 2, Jalan SS7/13, Kelana Jaya, Selangor
  • Tarikh  : Sabtu, 17 Januari, 2009  (Kategori Pramugari)
  • Tarikh  : Ahad, 18 Januari, 2009 (Kategori Pramugara)
  • Waktu Pendaftaran: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan). Calon-calon dinasihatkan supaya berpakaian kemas (pakaian pejabat). Calon wanita digalakkan memakai kebaya (T-shirt, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali).

Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun. Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Sehubungan itu, anda dinasihatkan bersedia untuk berada di lokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.

Selamat mencuba, selamat berjaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...